Salam, dah lama tak sepak bola ni. Kelmarin on balik suis, alhamdulillah boleh lari sikit-sikit.
Saing sobat di miri ni masih ada yang bersemangat untuk bersukan. Majoriti bagi komitmen yang baik.
Insya allah, kita cuba hidupkan game setiap hujung minggu bagi keluar peluh dan hilangkan stress 😍
Alhamdulillah, tempoh cuti selama 3 hari yang diberikan diisi dengan palbagai aktiviti keluarga yang penuh makna.
Anak-anak nampak gembira tetapi beberapa permintaan mereka tak sempat dipenuhi sebab masa yang sangat terhad. Alahai Rayyan sangat aktif dan nak kenal semua benda.
Terima kasih kepada semua ahli keluarga dan sahabat handai yang mendoakan keselamatan dan kelancaran ibadah haji kedua ibu bapa ambo.
Mereka berdua sangat bersemangat dan alhamdulillah sihat. Banyak cerita yang Allah nak tunjuk kuasa berlaku semasa di sana.
Dalam cuti dapat masuk kawasan jeli, tidur kat sana 1malam. Orang kata masuk jeli selepas tok pa umum keluar umno, nampaknya kedai kopi sana hangat dan kita tunggu lah apa kenyataan tok pa pada orang jeli. Kenyataan bersurat hari tu tinggi sangat ayatnya 😀.
Sekarang dalam perjalanan ke Miri dah.
Time cuti bawa anak isteri keluar jalan-jalan dan beli barang-barang keperluan.
Seronok tengok muiz semakin membesar dan dia belajar banyak perkara tentang kehidupan.
Keadaan yang panas dan berangin kering banyak memberi kesan kepada aktiviti harian.
Miri dilanda kemarau.
Gambar diambil menggunakan kualiti hdr.
Kerja kumpulan untuk subjek pjpk minggu ni.
Hidung masih tersumbat.
Demam dan sakit kerongkong masih terasa.
Waduh.
Posted via Blogaway
Malam ni bermalam di surau lcct. Tidur beralaskan simen mozek.
Fuh sejuk sampai ke tulang beb.
Setiap masa datang manusia yang rindukan dan bersujud kepada Allah yang ESA
Lambatnya pukul 11 am.
Alhamdulillah, malam ni insya allah akan terbang ke kuala lumpur sempena cuti cny ni.
Panjang citer sebab apa lewat balik kali ni tapi biarkan la.
Esok pula dari klia terus ke kota bharu.
Semoga perjalanan selamat.