Titipan Di Airport
Alhamdulillah, tempoh cuti selama 3 hari yang diberikan diisi dengan palbagai aktiviti keluarga yang penuh makna.
Anak-anak nampak gembira tetapi beberapa permintaan mereka tak sempat dipenuhi sebab masa yang sangat terhad. Alahai Rayyan sangat aktif dan nak kenal semua benda.
Terima kasih kepada semua ahli keluarga dan sahabat handai yang mendoakan keselamatan dan kelancaran ibadah haji kedua ibu bapa ambo.
Mereka berdua sangat bersemangat dan alhamdulillah sihat. Banyak cerita yang Allah nak tunjuk kuasa berlaku semasa di sana.
Dalam cuti dapat masuk kawasan jeli, tidur kat sana 1malam. Orang kata masuk jeli selepas tok pa umum keluar umno, nampaknya kedai kopi sana hangat dan kita tunggu lah apa kenyataan tok pa pada orang jeli. Kenyataan bersurat hari tu tinggi sangat ayatnya 😀.
Sekarang dalam perjalanan ke Miri dah.
0 comments: