Showing posts with label keluarga. Show all posts

Makin besar dah Rayyan

Alhamdulillah, makin sihat anakanda no 2 ni. Banyak karenah nakal dan lucu setiap hari yang dia buat.

Semoga adik sentiasa dalam lindungan Allah.

Abe Long Graduasi PASTI

Alhamdulillah, hari ni abe log graduasi pasti dun kuala balah. Syukur walaupun tanpa ambo di sisi, isteri dapat galas tugas dengan sebaik yang mungkin.

Semoga allah berikan ganjaran yang lebih besar buat kami sekekuarga.

Abe Long Graduasi PASTI

Alhamdulillah, hari ni abe log graduasi pasti dun kuala balah. Syukur walaupun tanpa ambo di sisi, isteri dapat galas tugas dengan sebaik yang mungkin.

Semoga allah berikan ganjaran yang lebih besar buat kami sekekuarga.

Senyum sikit dik!

Rayyan pagi ini naik kereta nak ke pasar borong bersama dengan ummi dia serta Tok Ma.

Musim hujan dah di kelantan sekarang ni.

Tidak tahu siapa lagi, masam saja muka adik tu. Senyum sikit dik, baru murah rezeki.

3 minggu lebih kurang lagi untuk balik kampung. Insyaallah kalau jadi akan buat majlis aqiqah adik.

Titipan Di Airport

Alhamdulillah, tempoh cuti selama 3 hari yang diberikan diisi dengan palbagai aktiviti keluarga yang penuh makna.

Anak-anak nampak gembira tetapi beberapa permintaan mereka tak sempat dipenuhi sebab masa yang sangat terhad. Alahai Rayyan sangat aktif dan nak kenal semua benda.

Terima kasih kepada semua ahli keluarga dan sahabat handai yang mendoakan keselamatan dan kelancaran ibadah haji kedua ibu bapa ambo.

Mereka berdua sangat bersemangat dan alhamdulillah sihat. Banyak cerita yang Allah nak tunjuk kuasa berlaku semasa di sana.

Dalam cuti dapat masuk kawasan jeli, tidur kat sana 1malam. Orang kata masuk jeli selepas tok pa umum keluar umno, nampaknya kedai kopi sana hangat dan kita tunggu lah apa kenyataan tok pa pada orang jeli. Kenyataan bersurat hari tu tinggi sangat ayatnya 😀.

Sekarang dalam perjalanan ke Miri dah.

Abah We Mengerjakan Ibadah Haji 2018

Terima kasih kepada semua ahli keluarga yang tersayang yang banyak membantu kami sekeluarga sepanjang proses abah we ke Panji.

Doakan mereka berdua sihat, selamat dan dapat mengerjakan ibadat sebaik yang mungkin serta dapat haji yang mabrur.

Alkisah minggu pertama



Minggu pertama selepas cuti sebulan, penat sikit nak cari timing dan sesuaikan dengan jadual kelas.

10 orang cikgu tak cukup, banyak lompang nak kena tutup tu.

Apa² pun mengajar budak² tidak diabaikan.

Tahun ni di beri tingkatan 1, 2, 4 dan 5. Semoga allah kuatkan semangat dalam kerjaya ini.

Ting 1 dalam minggu orientasi, nampak bersemangat. Weh, anak bini dok jauh! Teringat weh!

Pasar Minggu Wakaf Bharu



Tunggu ummi dalam kereta saja sebab hujan. Nak cari baju budak untuk muiz dan anak² sedara di tanah merah.

Buat apa yang orang sekeliling gembira.

Ultraman Muiz



Awal bangun pagi ni. Nak bawa rayyan ke klinik becah laut.

Abah Dan We Bertolak Umrah








Alhamdulillah. Semuanya selamat pergi dan balik. Semoga kedua mereka dapat umrah yang terbaik.

Kenangan Raya Aidilfitri 2015





Meriah. Semoga allah jaga ukhwah kami sekeluarga. Amin

Selamat Hari Raya Dari Kami




Selamat hari raya dari kami sekeluarga. Mohon ampun dan maaf anda ada salah dan silap.

Herman Junior



Seronok main air di pantai tujuh.

Muiz Selfie



Sudah pandai bergaya dan senyum bila mengambil gambar.

Muiz oh muiz!

Tok Aman Bali Beach Resort



Chek in pada pukul 2 petang. Muiz nampak seronok.

Kali pertama dia mai sini.

Sayang Dah Boleh Berjalan?



Mendapat perkhabaran yang anak lelaki tersayang dah boleh berjalan beberapa langkah.

Syabas wahai anak ku. Kena berani dan rajin berusaha. Minggu depan ulang tahun kelahiran dia.

Insya allah bulan 5 nanti abi dan ummi akan sambut bersama ahli keluarga yang lain.

Muiz Jalan-Jalan Tesco

Time cuti bawa anak isteri keluar jalan-jalan dan beli barang-barang keperluan.

Seronok tengok muiz semakin membesar dan dia belajar banyak perkara tentang kehidupan.

Lena Diulit Intan

Mata dah kuyu. Reaksi muiz semasa dalam proses nak tidur.

Alhamdulillah, tak banyak meragam. Sekarang cirit-birit pula dah, mungkin susu dah tak sesuai.

Baju Baru Muiz!

Dah dapat baju baru. Semua baju yang dibeli sebelum ni dah tak muat.

Mujur ummi cepat dan pantas menyediakan pakaian yang sesuai. Kalau tak kaki seluar baju tidur singkat sampai atas.

Terima kasih kat ummi!

Kembali Bertugas!

Setelah cuti beberapa hari bersama keluarga tercinta dan sambutan maulid nabi kat rumah, hari ni memulakan tugas seperti biasa.

Mencari rezeki untuk anak isteri tercinta, semoga allah menjaga keluarga ku sebaik mungkin.

Kepada allah ku berserah.