Showing posts with label anak isteri. Show all posts

Abe Long daftar Pra Sekolah 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera

1. Alhamdulillah, kelmarin selesai sudah abe long daftar pra sekolah di sk bukit jering.

2. Nampak bersemangat dan ceria riak wajah. Ummi dia pagi mesyuarat macam biasa, sebelah tengah hari sikit baru dapat daftar. Terima kasih lah kepada rakan-rakan guru kepada isteri yang banyak membantu dan memhami keadaan.

3. Kita doakan kepada abe long dapat belajar dengan baik dan menghormati guru-guru di sekolah.

4. Doakan. Terima kasih.

Makin besar dah Rayyan

Alhamdulillah, makin sihat anakanda no 2 ni. Banyak karenah nakal dan lucu setiap hari yang dia buat.

Semoga adik sentiasa dalam lindungan Allah.

Senyum sikit dik!

Rayyan pagi ini naik kereta nak ke pasar borong bersama dengan ummi dia serta Tok Ma.

Musim hujan dah di kelantan sekarang ni.

Tidak tahu siapa lagi, masam saja muka adik tu. Senyum sikit dik, baru murah rezeki.

3 minggu lebih kurang lagi untuk balik kampung. Insyaallah kalau jadi akan buat majlis aqiqah adik.

KLIA Gate A9



Menunggu kapal terbang yang nak ke Kota Bharu pukul 9.30 malam ni. Doakan selamat.

Herman Junior



Seronok main air di pantai tujuh.

Muiz Selfie



Sudah pandai bergaya dan senyum bila mengambil gambar.

Muiz oh muiz!

Tok Aman Bali Beach Resort



Chek in pada pukul 2 petang. Muiz nampak seronok.

Kali pertama dia mai sini.

Muiz Jalan-Jalan Tesco

Time cuti bawa anak isteri keluar jalan-jalan dan beli barang-barang keperluan.

Seronok tengok muiz semakin membesar dan dia belajar banyak perkara tentang kehidupan.

Lena Diulit Intan

Mata dah kuyu. Reaksi muiz semasa dalam proses nak tidur.

Alhamdulillah, tak banyak meragam. Sekarang cirit-birit pula dah, mungkin susu dah tak sesuai.

Baju Baru Muiz!

Dah dapat baju baru. Semua baju yang dibeli sebelum ni dah tak muat.

Mujur ummi cepat dan pantas menyediakan pakaian yang sesuai. Kalau tak kaki seluar baju tidur singkat sampai atas.

Terima kasih kat ummi!

Tok Abah!

Muiz dan naufal sempat bergambar dengan tok abah petang kelmarin.

Alhamdulillah, semoga cucu-cucu dapat membantu tok abah dan tok wan di masa depan.

Rahmati keluarga kami ya allah!

Tidur Ayam Di LCCT

Malam ni bermalam di surau lcct. Tidur beralaskan simen mozek.

Fuh sejuk sampai ke tulang beb.

Setiap masa datang manusia yang rindukan dan bersujud kepada Allah yang ESA

Lambatnya pukul 11 am.