Tok abah Tok we melawat Rayyan

Alhamdulillah, hari ini tok abah dengan tok we melawat baby rayyan di tanah merah.

Siap bawa bekal lagi. Terima kasih tok we tok abah. Jumpa tahun baru cina nanti.

Baju Hitam



"Orang kata, pakai baju hitam tak nampak kotor ."

"Begitu juga dengan hati, bila hati hitam buat dosa pun rasa tak bersalah."😔

Istighfar.

Astaghfirullahala'zim.

Penat sikit



Hari ni terasa penat sikit, dengan jadual mengajar masih kelam kabut.

Dari pagi sampai 10.30 baru rehat dan boleh makan. Urus pelajar² baru masuk dengan barang² yang banyak belum dapat.

Semoga ada perubahan jadua ini. Sekolah pun masih kekurangan 10 orang guru.

Fuh! Mencabar. Apa² pun, tugas tetap dijalankan. Peace!

Alkisah minggu pertama



Minggu pertama selepas cuti sebulan, penat sikit nak cari timing dan sesuaikan dengan jadual kelas.

10 orang cikgu tak cukup, banyak lompang nak kena tutup tu.

Apa² pun mengajar budak² tidak diabaikan.

Tahun ni di beri tingkatan 1, 2, 4 dan 5. Semoga allah kuatkan semangat dalam kerjaya ini.

Ting 1 dalam minggu orientasi, nampak bersemangat. Weh, anak bini dok jauh! Teringat weh!