Titipan Di Airport

9/26/2018 web admin 0 Comments

Alhamdulillah, tempoh cuti selama 3 hari yang diberikan diisi dengan palbagai aktiviti keluarga yang penuh makna.

Anak-anak nampak gembira tetapi beberapa permintaan mereka tak sempat dipenuhi sebab masa yang sangat terhad. Alahai Rayyan sangat aktif dan nak kenal semua benda.

Terima kasih kepada semua ahli keluarga dan sahabat handai yang mendoakan keselamatan dan kelancaran ibadah haji kedua ibu bapa ambo.

Mereka berdua sangat bersemangat dan alhamdulillah sihat. Banyak cerita yang Allah nak tunjuk kuasa berlaku semasa di sana.

Dalam cuti dapat masuk kawasan jeli, tidur kat sana 1malam. Orang kata masuk jeli selepas tok pa umum keluar umno, nampaknya kedai kopi sana hangat dan kita tunggu lah apa kenyataan tok pa pada orang jeli. Kenyataan bersurat hari tu tinggi sangat ayatnya 😀.

Sekarang dalam perjalanan ke Miri dah.

0 comments:

Ayahanda Dan Bonda Melawat Kebun Kurma

9/20/2018 web admin 0 Comments

Alhamdulillah, menulis sdikit catatan ringkas untuk kali ini.

Saja nak berkongsi dengan semua berita berkenaan dengan orang tua kami yang sekarang berada di Madinah.

Kami titipkan beberapa keping gambar sebagai kenangan. Alhamdulillah, mereka berdua sihat dan nampak ceria. Pergi mekkah dan madinah, sapo tak gembira betul kan?

Insya allah, ayahanda dan bonda akan sampai ke Malaysia pada selasa nanti setelah 46 hari menunaikan haji.

Doakan semua selamat.

0 comments:

Abah Dan We selepas mengerjakan haji 2018

9/09/2018 web admin 0 Comments

Alhamdulillah, tumpang gembira lihat mereka berdua ni senyum. Cita-cita we dan abah ni allah banyak permudahkan.

Sudah lama mereka menyimpan dan secara serius 2 tahun kebelakangan ni mereka banyak berusaha.

Kami dalam keluarga banyak berdoa dari belakang agar apa saja usaha untuk dapat menunaikan haji pada tahun ni tercapai.

0 comments: