Tazkirah Jumaat 21.2.2014

2/21/2014 web admin 0 Comments

KEUTAMAAN SEDEKAH PADA HARI JUMAAT.

Sedekah pada hari apa pun sangat utama. Namun, khusus pada hari Jumaat, Allah memberinya pahala “lebih”, apalagi pada bulan Ramadhan, hari Jumaat merupakan hari yang utama dalam Islam, lebih utama lagi hari Jumaat dalam bulan Ramadhan. Ada gabungan keberkahan dari keduanya – Jumaat dan Ramadhan.

“Sesungguhnya pada hari Jumaat terdapat waktu mustajab. Bila seorang hamba muslim melaksanakan solat dan berdoa kepada Allah nescaya akan dikabulkan…” (Muttafaqun ‘Alaih)

“Sesungguhnya sedekah pada hari Jumaat itu memiliki kelebihan dari hari-hari lainnya. Sedekah pada hari itu dibandingkan dengan hari-hari lainnya dalam seminggu, seperti sedekah pada bulan Ramadhan jika dibandingkan dengan seluruh bulan lainnya.” (Ibnul Qayyim, Zadul Ma’ad)

“Dan sedekah pada hari itu (Jumaat) lebih mulia dibanding hari-hari selainnya." (HR Ibnu Khuzaimah, Mauquf Shahih). Wallahu'alam.

0 comments:

Bengkel Seni Batik Pustaka Miri

2/15/2014 web admin 0 Comments

Menghadiri bengkel seni bati di pustaka miri. Membawa 5 orang pelajar perempuan.

Memberi pendedahan kepada mereka bagaimana nak hasilkan batik dari awal hingga akhir proses.

Syabas anak buah ku.

0 comments:

Lena Diulit Intan

2/13/2014 web admin 0 Comments

Mata dah kuyu. Reaksi muiz semasa dalam proses nak tidur.

Alhamdulillah, tak banyak meragam. Sekarang cirit-birit pula dah, mungkin susu dah tak sesuai.

0 comments:

Baju Baru Muiz!

2/06/2014 web admin 0 Comments

Dah dapat baju baru. Semua baju yang dibeli sebelum ni dah tak muat.

Mujur ummi cepat dan pantas menyediakan pakaian yang sesuai. Kalau tak kaki seluar baju tidur singkat sampai atas.

Terima kasih kat ummi!

0 comments:

Kerja Kumpulan

2/05/2014 web admin 0 Comments

Kerja kumpulan untuk subjek pjpk minggu ni.

Hidung masih tersumbat.

Demam dan sakit kerongkong masih terasa.

Waduh.


Posted via Blogaway

0 comments:

Kembali Bertugas!

2/05/2014 web admin 0 Comments

Setelah cuti beberapa hari bersama keluarga tercinta dan sambutan maulid nabi kat rumah, hari ni memulakan tugas seperti biasa.

Mencari rezeki untuk anak isteri tercinta, semoga allah menjaga keluarga ku sebaik mungkin.

Kepada allah ku berserah.

0 comments:

Tok Abah!

2/04/2014 web admin 0 Comments

Muiz dan naufal sempat bergambar dengan tok abah petang kelmarin.

Alhamdulillah, semoga cucu-cucu dapat membantu tok abah dan tok wan di masa depan.

Rahmati keluarga kami ya allah!

0 comments: